fbpx

Arwah mahu jaga saya, tapi dia pergi dulu – Ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATIMAH menunjukkan gambar arwah anaknya, Hasbullah yang maut dalam kemalangan kelmarin.

BALING – Pemandu lori kren yang maut dalam nahas di Alor Setar kelmarin sempat menyatakan hasrat untuk membantu menyiapkan rumah ibunya di Kampung Parit Panjang, di sini.

Ibu mangsa, Fatimah Musa, 57, berkata, anaknya, arwah Hasbullah Mohd. Salleh, 38, menyatakan niat murninya itu ketika berkunjung ke rumahnya pada hujung minggu lalu.

“Mungkin arwah mahu membantu daripada segi kewangan untuk menyiapkan bahagian dapur dan siling.

“Arwah juga beritahu dia mahu membina rumah buat isteri dan anak-anaknya di sini ke­rana mahu menjaga saya, namun apa yang dihasratkannya tidak kesampaian kerana dia ‘pergi’ dahulu,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

KEADAAN kenderaan mangsa selepas terbabit nahas dengan treler kelmarin.

Menurut Fatimah, anak kedua daripada empat adik-beradik itu akan melawatnya setiap kali dia cuti dan kali terakhir berbuat demikian adalah pada Sabtu lalu.

Sebelum ini, arwah Hasbullah bekerja di Langkawi selama lima tahun dan baru berpindah ke Alor Setar kira-kira sebulan lalu.

Tiada sebarang perubahan ditunjukkan oleh pemuda tersebut, cuma dia bercadang untuk menunggang motosikal ber­ulang-alik dari rumahnya di Kampung Ketemba, Kuala Pegang di sini ke tempat kerjanya di Alor
Setar.

Cerita Fatimah, dia me­ngetahui kejadian yang me­nimpa anaknya pada pukul 6 pagi kelmarin.

Pada awalnya anak sulung tidak maklumkan kejadian sebenar dan mereka hanya diberitahu Hasbullah meninggal dunia menerusi panggilan kedua.

“Walaupun masih terkejut dan bersedih dengan pemergian anak, saya reda dengan ketentuan Ilahi,” ujarnya.
Jenazah Hasbullah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Panjang kelmarin.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan seorang pemandu lori kren Tenaga Nasional Berhad maut selepas jentera dipandu bertembung dengan tre­ler di Batu 9, Jalan Alor Setar-Su­ngai Petani, Kota Sarang Semut pukul 4.15 pagi kelmarin.

Hasbullah maut di lokasi kejadian akibat cedera parah pada anggota badan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI