fbpx

Kastam rampas dadah jenis syabu RM1.7 juta di Pelabuhan Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIBUAN ABDULLAH (tengah) menunjukkan dadah jenis methamphetamine atau syabu yang disorokkan dalam gelung getah berwarna kuning yang telah disimpan dicelah-celah paip di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di Kampung Jijan, Nilai di sini hari ini.

SEREMBAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan anggaran berat kasar 51.36 Kilogram (kg) rampasan berjumlah sebanyak RM1.7 juta di sebuah gudang di Pelabuhan Klang, Selangor 4 September lalu.

Rampasan dadah tersebut mengandungi bungkusan plastik lutsinar mengandungi serbuk kristal putih disyaki dadah berbahaya jenis methamphetamine dalam lima buah kotak.

Penolong Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan), Ribuan Abdullah berkata, dalam kejadian pukul 12.45 tengah hari itu, sepasukan anggota kastam dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM menyita enam buah kotak di sebuah gudang di Pelabuhan Klang.

“Modus operandi sindiket ini bagi mengaburi pihak berkuasa adalah dengan menyorokkan 338 bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah dalam 72 gelung getah berwarna kuning yang disimpan celah paip dalam satu gelung (terdapat empat bungkusan) dengan panjang satu gelung paip bersaiz 50 meter.

“Dagangan ini diikrarkan sebagai paip getah tekanan tinggi. Berdasarkan jumlah berat dadah yang diperolehi, rampasan ini adalah berjaya dibanteras daripada diedarkan kepada 256,800 orang penagih dadah,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar kes tersebut di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di Kampung Jijan, Nilai di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati dagangan tersebut akan dieksport ke Australia menggunakan laluan laut.

“Hasil risikan mendapati pengeksport menggunakan maklumat syarikat palsu di dalam dokumen eksport menyukarkan tangkapan dibuat ke atas suspek. Ini juga merupakan pertama kali pihak kastam menjumpai di dalam gelung paip.

“Bagaimanapun, siasatan masih berjalan untuk mengesan suspek dibawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI