fbpx
Gambar hiasan.

Penjawat awam diberkas miliki dua pistol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Seorang penjawat awam ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan memiliki dua pucuk pistol dan sejumlah dadah.

Lelaki berusia 40-an tersebut telah ditahan dalam sekatan jalan raya di Kampung Tok Lawit, Kuala Berang di sini pada pukul 6.20 petang, 10 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, pada mulanya, suspek yang memandu kenderaan pelbagai guna jenis Nissan Grand Livina telah ditahan setelah cukai jalan dan insurans kenderaannya didapati telah tamat tempoh.

“Perlakuan suspek yang mencurigakan mendorong anggota polis bertugas melakukan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan dipandunya.

“Ia membawa kepada penemuan dua pucuk pistol, dua bilah kerambit, sepasang gari dan beberapa paket disyaki mengandungi dadah di dalam kenderaan berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Sharudin berkata, hasil soal siasatan awal suspek yang positif dadah jenis methamphetamine mengaku memperoleh senjata api tersebut daripada seorang lelaki di Jeli, Kelantan.

“Motif pemilikan senjata api tersebut masih dalam siasatan. Suspek yang berasal dari Kelantan juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN