fbpx

Kedah, Perak bakal alami cuaca buruk petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kedah dan Perak menjelang petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui Facebook memaklumkan, di negeri Kedah dua kawasan akan mengalami cuaca buruk iaitu Kulim dan Bandar Baharu.

Manakala, di Perak kawasan terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Bagan Datuk.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI