fbpx

Intan Najuwa isteri idaman Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian sup ikan jenahak yang dimasak Intan Najuwa meledak sehingga ramai meminta resipi sup jenahak daripada pelakon tersebut.

SEJAK mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos lalu, nama Datin Intan Najuwa tidak pernah sunyi daripada menjadi bahan bualan ramai terutama dalam media sosial.

Apa sahaja yang dilakukannya bersama suami tercinta, pasti akan tular termasuk video memasak sup ikan untuk suami tercinta, Datuk Ahmad Asraf Azman.

“Sup ikan jenahak untuk lelaki saya yang sedang sakit,” katanya ringkas.

Namun, siapa sangka perkongsian tersebut meledak sehingga ramai minta resipi sup jenahak daripada pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu.

Enggan menghampakan permintaan ramai, dia seterusnya berkongsi resipi dalam ruangan komen sehingga meraih lebih 60,000 tanda suka.

Selain itu, ramai memujinya sebagai isteri idaman Malaya kerana ada pakej lengkap berwajah cantik, bijak, berbakat dan pandai memasak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI