fbpx

Menantu ‘hantu’ bakar rumah mertua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tersebut bertindak membakar rumah mertuanya selepas bertengkar dengan isterinya. - TRIBUNNEWS

JAKARTA – Sebuah rakaman tular di media sosial memaparkan perbuatan seorang menantu lelaki membakar rumah mertua selepas dia bertengkar dengan isterinya, lapor akhbar Tribunnews. 

Kejadian dilaporkan berlaku di Kota Makassar, wilayah Sulawesi Selatan semalam sekitar pukul 2.13 pagi (waktu tempatan).

Menerusi rakaman itu, suspek dilihat menyimbah petrol pada kediaman mangsa  lalu menyalakan api sebelum meninggalkan tempat kejadian. 

Api yang kemudian marak dapat segera dipadamkan oleh pemilik rumah, namun kebakaran itu menyebabkan meja dan dinding hadapan kediamannya rosak. 

Pegawai polis tempatan, Muhammad Idris berkata, mangsa telah membuat laporan di balai polis. 

“Pemilik rumah sudah membuat laporan polis. Kami sudah mendapat rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. Kes seperti ini harus membuat laporan kepada polis kerana sudah menjadi lain daripada yang lain,” kata Idris.

Menurutnya, polis masih memburu suspek kes tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI