fbpx

Shuib mahu Watie masak menu raya wajib Siti Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KALI pertama beraya sebagai suami isteri, Shuib membuat permintaan agar Watie memasak menu raya tradisi yang selalu disediakan Allahyarham Siti Sarah ketika hayat masih ada.

PETALING JAYA – Pertama kali menyambut raya bersama, pelawak Shuib mahu isterinya, Watie Hanifiah meneruskan menu tradisi Allahyarham Siti Sarah pada pagi raya nanti.

Shuib berkata, menu tersebut ialah kuah kacang dan rendang yang sebelum ini sering dimasak arwah isterinya itu pada hari raya.

“Kalau boleh tahun ini saya nak dia masak kuah kacang dan rendang.

“Dahulu pun, arwah Sarah sangat pakar memasak dua menu tersebut. Jadi, saya mahu kekalkannya,” kata Shuib, 40, kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Bakal menyambut raya di Bagan Serai, Perak, Shuib teruja kerana akan menghimpunkan seluruh ahli keluarga di sana.

“Raya tahun ini insya-Allah lebih meriah sebab mahu kumpulkan seluruh keluarga termasuk adik-beradik dan famili mentua di Perak.

“Anak-anak teruja tambahan pula sudah empat tahun mereka berpuasa penuh dan mereka memang sangat ambil berat hal raya. Banyak aktiviti akan dilakukan untuk mereka,” katanya yang menyukai kuih tart nanas.

Berkongsi keterujaan menyambut Ramadan dan raya pertama sebagai isteri tahun ini, Watie, 37, berkata banyak menu yang baru dipelajarinya dari internet.

“Banyak resipi saya cari dalam Google sahaja termasuk pajeri nanas yang Shuib suka.

“Banyak menu yang saya pertama kali masa selepas kahwin, kebanyakannya lauk ayam sebab ikan saya tak pandai sangat.

“Jadi, apabila dah kahwin dan dia minta macam-macam, memang saya cari dalam Google sahaja,” ujarnya yang banyak mengikuti resipi daripada Youtuber masakan terkenal, Che Nom.

Terdahulu, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun tahun lalu selepas hampir dua tahun ahli perniagaan itu menduda.

Sebelum ini Shuib atau Shahmira Muhammad berkahwin dengan Siti Sarah pada 2011, namun penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021.

Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 9, dan Ayash Affan kini berusia tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI