fbpx

Bekas tukang masak bunuh teman wanita, terlepas hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan hukuman mati terhadap seorang bekas tukang masak restoran berusia 72 tahun dan menggantikannya dengan hukuman penjara 31 tahun kerana membunuh teman wanita yang enggan mengahwininya, 13 tahun lalu.

Othman A. Aziz disabitkan membunuh Ratna Suffizahriyanti Omar, 23, di antara pukul 8.45 malam, 2 Mei 2011 dan 12.45 pagi keesokannya di bilik sebuah rumah di Jalan Stadium, Alor Setar, Kedah.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Harmindar Singh Dhaliwal sebulat suara menggantikan hukuman gantung dengan hukuman pemenjaraan selepas membenarkan permohonan semakan bapa dua anak itu.

Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 3 Mei 2011.

Panel berkenaan memutuskan demikian selepas mengambil kira pandangan kedua-dua pihak serta fakta bahawa Othman (pemohon) telah menyerah diri kepada pihak polis selepas kejadian tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI