fbpx

Pendermaan organ masih rendah berbanding jumlah pesakit ‘end organ failure’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Minggu Kesedaran Perdermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2023 di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN) merekodkan seramai 10,747 orang pesakit berada dalam senarai menunggu organ baharu sehingga Julai, berbanding jumlah penderma organ selepas kematian iaitu 845 orang.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, sebanyak 2,950 pembedahan transplantasi berjaya dilaksanakan di Malaysia melibatkan pendermaan daripada penderma selepas kematian dan semasa hidup.

Menurutnya, statistik tahun semasa menunjukkan jumlah penderma organ kadaverik dari 1 Januari hingga 31 Julai adalah seramai 46 orang dan ia melebihi jumlah penderma organ kadaverik yang dicatatkan sepanjang tahun lalu iaitu 44 orang.

“Pendermaan organ dan tisu boleh diperolehi daripada penderma selepas kematian serta daripada penderma hidup.

“Walaupun lebih 45 tahun perkhidmatan ini dimulakan, pendermaan organ dan tisu serta transplantasi di Malaysia masih rendah jika dibandingkan dengan jumlah pesakit ‘end-organ failure’ yang memerlukan pembedahan transplantasi.

“Antara penyebab utama adalah masalah penyakit tidak berjangkit (NCDs) seperti hipertensi dan diabetes,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ (MKPO) Peringkat Kebangsaan 2023 di Institut Kanser Negara hari ini.

Jelas Dr. Zaliha, sambutan MKPO mula dianjurkan oleh PSTN sejak tahun 2010 sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran dikalangan warga kesihatan serta masyarakat umum mengenai pendermaan organ dan perkhidmatan transplantasi di negara ini.

Katanya, sejak 1997 terdapat sebanyak 370,130 pengikrar derma organ dengan 22,268 pengikrar didaftarkan pada tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI