fbpx

Ribut petir, hujan lebat di tiga negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya hari ini berkata, kawasan di Johor yang dijangka mengalami cuaca buruk adalah Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Ujarnya, beberapa kawasan di Sarawak seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong) dan Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong) turut diramal cuaca yang sama.

“Kawasan lain yang turut terlibat di Sarawak adalah Sibu (Sibu), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang),” katanya.

Tambahnya, di Sabah, ribut petir turut diramal di Pedalaman (Tenom dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu).

Jelasnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI