fbpx

Liga Super: Kelantan United berhak menang – Aidil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Kelantan United, OJ Porteria meraikan gol kemenangan yang dijaringkan pada aksi Liga Super malam tadi. - Foto ihsan MFL

KOTA BHARU – Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak mengakui Kelantan United merupakan pasukan yang lebih ‘bernafsu’ dan berhak untuk menang pada perlawanan Liga Super selepas menewaskan pasukannya 1-2 di Stadium Sultan Muhammad IV semalam.

Megulas perlawanan berkenaan, beliau menjelaskan bahawa Kuching City telah mendapat gol awal pada separuh masa pertama seperti yang telah mereka rancangkan.

“Namun pada separuh masa kedua, Kelantan United muncul sebagai pasukan yang lebih bersungguh-sungguh mahukan tiga mata penuh. Mereka lebih dahagakan kemenangan berbanding Kuching City malam ini (malam tadi).

“Kita boleh lihat pada setiap sentuhan kedua, pemain-pemain kita lebih banyak memerhatikan bola dan ini merupakan kelemahan utama yang dapat dikesan pada perlawanan ini,” katanya selepas tamat perlawanan.

Ditanya sama ada keadaan padang becak dan licin selepas dilanda hujan lebat mengganggu taktikal Kuching City, Aidil Sharin menegaskan enggan menjadikan perkara itu sebagai alasan bagi kekalahan pasukannya.

Menurutnya, faktor-faktor berkenaan merupakan masalah-masalah yang perlu ditangani dan diatasi kerana kedua-dua pasukan bermain dalam kondisi padang sama.

“Banyak perkara perlu kita pelajari daripada perlawanan ini kalau kita mahukan peningkatan prestasi berterusan dan menjadi pasukan yang lebih baik.

“Kita memang mahu bermain bola sepak berkualiti pada setiap perlawanan dan seboleh-bolehnya mahu bermain hantaran bawah kerana corak hantaran tinggi serta jauh bukanlah kekuatan Kuching City,” katanya.

Keputusan itu menyaksikan The Cats kekal di tangga tercorot liga apabila mengutip tujuh mata selepas mengharungi 20 perlawanan manakala Kelantang United di tempat ke-12 dengan 11 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI