fbpx
JDT terus mengukuhkan penguasaan dalam saingan Liga M apabila menguasai saingan domestik sejak lebih sedekad lalu.

Tunku Mahkota Ismail ‘minta maaf’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi amaran kepada pasukan pesaing Liga Malaysia (Liga M) bahawa Harimau Selatan tidak akan berpuas hati dengan prestasi semasa.

Sebagai rekod, JDT mengharungi musim terbaik dalam sejarah apabila berjaya menjulang tiga trofi utama musim ini seperti Piala Sumbangsih, Piala FA selain berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-12 musim ini.

Malah, prestasi skuad kendalian Xisco Munoz itu di pentas Asia juga turut memukau apabila mara ke suku akhir buat kali pertama sebelum tewas 1-2 kepada johan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini, Al-Ahli di laman keramat mereka.

Tunku Mahkota Ismail menegaskan bahawa JDT akan meneruskan perjuangan untuk terus mengembangkan ’empayar’ yang telah wujud sejak 2013.

“Warna-warna ini (JDT) tidak akan pernah luntur. Perjalanan akan diteruskan, gerakan ini semakin berkembang dan empayar ini semakin kukuh.

“Saya minta maaf terlebih dahulu kepada pihak lain. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjadikan JDT lebih kuat serta lebih besar dalam setiap aspek.

“Kami tidak akan berhenti,” kata Tunku Mahkota Ismail menerusi hantaran komen di Instagram JDT.

Selepas ini, JDT turut berpeluang menambah dua lagi koleksi trofi apabila bakal bersaing dalam final Piala Malaysia menentang Kuching City pada bulan depan.

Di peringkat serantau pula, Harimau Selatan bakal bertembung dengan juara bertahan, Buriram United dalam aksi separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) secara timbal balik pada 6 dan 13 Mei depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN