fbpx

Lelaki ditahan, libas pisau cederakan jiran ketika mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GOMBAK – Seorang lelaki ditahan selepas mencederakan jirannya dengan pisau dalam keadaan mabuk ketika bergaduh di Kampung Kuala Garing Selatan, Rawang, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang cedera akibat pergaduhan itu.

Katanya, kejadian pada pukul 7.29 malam itu berlaku selepas mangsa menerima panggilan daripada kakaknya yang memaklumkan jirannya membuat bising.

“Selesai wanita berusia 43 tahun itu membuat panggilan, mangsa yang tiba di lokasi tersebut bertengkar dengan jirannya.

“Suspek kemudian mengambil sebilah pisau dan bertindak menyerang mangsa sebelum terkena jari tangan kiri dan kanan mangsa.

“Mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian jari tangan kiri dan kanan mendapatkan rawatan di Hospital Selayang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Noor Ariffin, pihaknya memberkas suspek yang juga lelaki tempatan berusia 42 tahun disyaki terlibat dalam kes berkenaan sekitar pukul 2.30 petang, di kediamannya sekitar lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati ketika kejadian suspek dibawah pengaruh alkohol sebelum membuat bising dengan bercakap kuat dan keluarkan kata-kata kesat kepada kakak mangsa yang menegur perbuatannya itu.

“Polis juga merampas satu senjata tajam yang diubahsuai daripada suspek,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh hubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mejar Ahmad Fatrah Amirul di talian 013-3122600 atau 03- 61262222,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI