fbpx

Iman Troye bantu pelajar gagal SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi Iman Troye komited dalam membantu pelajar SPM di seluruh negara.

PETALING JAYA – Penyanyi yang juga duta dan ikon pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI iaitu Iman Troye komited dalam membantu pelajar SPM di seluruh negara. 

Iman Troye hadir memberi semangat dan motivasi kepada lebih 1,000 pelajar SPM menerusi program Seminar Roadtour Skor A+ SPM yang diadakan di Hotel Grand Renai, Kota Bharu, Kelantan.

Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 21, berkata, sebagai duta dan ikon, tanggungjawabnya adalah besar untuk melihat ramai pelajar berjaya dalam pelajaran.

“Program ini sebanyak 1,020 pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 terbabit dalam program Seminar Roadtour Skor A+ SPM Kelantan. Bagi saya, penyertaan itu cukup memberangsangkan selain melihat usaha mereka untuk lulus cemerlang pada SPM akan datang.

“Saya berharap kehadiran saya bersama pasukan PTTI dapat memberikan semangat yang jitu kepada mereka. Saya mahu apa saja usaha yang dilakukan bakal membuahkan hasil terbaik kepada mereka,” katanya.

Pada Seminar terbabit, mata pelajaran yang diajar adalah Matematik, Bahasa Melayu, Sains, Kimia dan Matematik Tambahan.

Persediaan yang dibuat PTTI itu selaras dengan pengumuman dibuat Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai SPM yang diawalkan bermula 5 Disember depan (peperiksaan amali SPM).

PTTI meneruskan siri jelajah sempena cuti sekolah di IDCC Shah Alam pada 2 September lalu.

“PTTI dalam misi nak membantu 100,000 pelajar SPM seluruh Malaysia untuk tingkatkan prestasi akademik dari Gagal ke A menerusi kelas tuisyen dalam talian.

“PTTI turut mengadakan siri jelajah ke sekolah  di seluruh negara secara percuma dalam usaha membantu KPM dan negara bagi memastikan standard pencapaian murid tercapai,” katanya.

Sementara itu, PTTI diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya mencatat jumlah pelajar mendapat semua A pada SPM 2022.

Ketua Pegawai Operasi PTTI Group Sdn. Bhd, Muhd Habibunajjar Sazali berkata, seramai 123 pelajar berjaya mendapat semua A pada SPM lalu, termasuk seorang pelajarnya yang mendapat 11 A+.

“Ini adalah satu pengiktirafan besar daripada pihak MBOR kepada PTTI yang sudah bertapak di negara ini sejak 2015.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada MBOR kerana mengiktiraf pencapaian kami. Kami akan terus bekerja keras untuk memastikan sebanyak mungkin pelajar kami mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tahun ini,” katanya selepas majlis menerima sijil pengiktirafan daripada MBOR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, pada Sabtu.

Sijil diserahkan oleh dua wakil MBOR, Siti Hajar Johor dan Jeska Seah dalam satu majlis ringkas. – KOSMO! ONLINE



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI