fbpx

Dua lelaki ditahan miliki dadah heroin dan syabu bernilai RM9,057

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DADAH jenis heroin dan syabu yang dirampas susulan penangkapan dua lelaki di ladang sawit Kampung Kenangan, Lanchang di Temerloh semalam.

TEMERLOH – Polis berjaya merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM9,057 selepas menahan dua lelaki dalam operasi Op Tapis di kawasan ladang sawit Kampung Kenangan, Lanchang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, dalam serbuan pada pukul 11 pagi itu polis telah menemukan satu beg bertali berwarna hitam yang disilang di bahu sebelah kanan seorang suspek mengandungi lapan paket plastik lutsinar dipercayai dadah.

“Di dalam paket tersebut terdapat 80 paket plastik lutsinar yang berisi serbuk dan ketulan berwarna putih disyaki dadah berbahaya jenis heroin dan dianggarkan seberat 133.82 gram.

“Selain itu ditemukan satu paket plastik lutsinar yang berisi serbuk dan ketulan berwarna putih disyaki dadah berbahaya jenis heroin dan seberat 10.35 gram dan berat keseluruhan dadah 144.77 gram,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mazlan, pemeriksaan terhadap suspek kedua turut menemukan satu paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan berwarna putih disyaki dadah jenis heroin seberat 1.70 gram dan lima plastik lutsinar yang berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu, seberat 8.67 gram.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang berumur 42 dan 46 tahun disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A (1) ADB 1952, Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 39A (1) ADB 1952, Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 dan Seksyen 12 (2) ABD 1952.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI