fbpx

Warga Johor Bahru dijemput sertai sesi Temu Anwar Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster jemputan sesi Temu Anwar yang dimuat naik di Facebook, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Johor Bahru khususnya golongan belia untuk menyertai sesi dialog Temu Anwar yang dijadualkan berlangsung, Ahad ini.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Anwar, beliau berkata, sesi dialog itu akan diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.

“Seperti kelaziman, peserta yang hadir diberi ruang secara terus untuk bertanyakan apa jua soalan kepada saya.

“Insya-Allah, ruang ini kita gunakan sebaiknya dalam mencambah budaya wacana yang sihat dan segar,” katanya hari ini.

Jelasnya, pendaftaran menghadiri sesi berkenaan boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI