fbpx

Prolintas agih 3,000 nasi lemak percuma sempena merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) mengagihkan 3,000 nasi lemak percuma kepada pengguna lebuh raya sempena merdeka semalam.

PETALING JAYA – Sebanyak 3,000 nasi lemak percuma diagihkan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) kepada pengguna yang melalui beberapa plaza tol di lebuh raya kendaliannya sempena Hari Kebangsaan ke-66 semalam.

Ketua Divisyen Komunikasi Korporat Prolintas, Badri Ibrahim berkata, agihan nasi lemak bermula dari pukul 8 pagi menyasarkan pengguna lebuh raya yang keluar bagi meraikan kemerdekaan negara di sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, sebanyak 1,957 nasi lemak diberikan kepada pengguna di lebuh raya kendalian Prolintas manakala lebih 1,000 nasi lemak turut diagihkan di Kawasan Rehat Elmina, Lebuhraya GCE.

“Pemberian nasi lemak itu bertujuan untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan terutama dalam kalangan pengguna lebuh raya.

“Pemberian 1,957 nasi lemak itu sempena tahun bersejarah kemerdekaan negara, selain sebagai simbolik perpaduan dan hidangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya,” katanya.

Dalam pada itu, pelbagai kempen turut dijalankan bersama warga kerja dan peniaga di kawasan rehat lebuh raya PROLINTAS sehingga 16 September depan dan kira-kira 600 Jalur Gemilang dipasang di sepanjang AKLEH, GCE, LKSA, SILK, SUKE dan DASH.

“Prolintas turut menjalankan Pertandingan Menghias Premis Jualan di Kawasan Rehat Elmina, Lebuhraya GCE. Peniaga-peniaga telah menghias premis jualan dengan barangan terpakai dengan tema kemerdekaan bagi menggalakkan aktiviti kitar semula dan kelestarian.

“Kempen memakai pakaian bertemakan kemerdekaan ke pejabat juga dijalankan pada 30 Ogos bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kerja Prolintas,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI