fbpx

88 ‘scammer’ China beroperasi di Indonesia diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan warga China ditahan selepas serbuan polis di sebuah bangunan Taman Perindustrian Kara di Batam. - AFP

JAKARTA – Polis Indonesia menahan 88 warga China yang terlibat dalam sindiket penipuan telefon rentas sempadan dan cinta palsu (love scam) susulan maklumat kementerian keselamatan, lapor akhbar Arab News semalam. 

Jurucakap polis Kepulauan Riau, Zahwani Pandra Arsyad berkata, kesemua suspek, termasuk lima wanita, ditahan di Pulau Batam yang terletak tidak jauh dari Singapura.

Mereka didapati menjalankan penipuan itu dari sebuah rumah kedai, sebuah bangunan komersial dan kediaman serta sebuah taman perindustrian.

Kebanyakan sasaran merupakan warga China yang dihubungi melalui Internet dan diperdaya untuk memindahkan wang selepas ‘emosi’ mangsa dimanipulasi, kata Arsyad.

Siasatan awal mendapati sindiket itu beroperasi sejak awal tahun ini dan telah memerangkap ratusan rakyat China, tetapi jumlah wang mangsa yang lesap masih tidak jelas.

“Kami juga masih menyiasat kes ini, termasuk sama ada terdapat warga Indonesia yang menjadi mangsa penipuan,” kata Arsyad sambil menambah, tiada seorang pun suspek boleh bercakap dalam bahasa Indonesia.

“Jika sebaliknya, kami akan menghantar mereka pulang kepada pihak berkuasa China dengan segera,” jelasnya.

Anggota-anggota sindiket itu masuk ke Indonesia Januari lalu dengan menggunakan visa pelancong. Mereka berpindah ke Indonesia susulan operasi pihak berkuasa China. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI