fbpx

Bakal meletup! GV10 himpun juara semua musim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESEMUA juara GV bakal bertanding dalam musim baharu termasuklah Ayai Illusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Datuk Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).

KUALA LUMPUR – Program realiti nombor satu tanah air, Gegar Vaganza (GV) kini kembali dengan musim All Stars yang menyaksikan 10 penyanyi hebat terdiri daripada bekas juara bagi sembilan musim terdahulu.

Kesemua bekas juara yang bertanding bagi GV10 ialah Ayai Illusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).

Sementara itu, lima lagi peserta bakal diumumkan kemudian bagi membarisi senarai peserta sekali gus melengkapkan 15 penyertaan bagi musim kali ini secara keseluruhan.

Lima lagi peserta yang bakal bertanding adalah berdasarkan senarai peserta Top 4 sembilan musim terdahulu dan akan dipilih berdasarkan undian orang ramai bermula hari ini sehingga 10 September depan.

Antara nama yang tersenarai ialah Rahmat Mega, Farahdhiya, Zarul Umbrella, Liza Hanim, Zamani Slam, Jatt Ali, Noraniza Idris, Nikki Palikat, Shila Amzah dan Tomok.

GV10 masih mengekalkan formal asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus barisan juri profesional.

Barisan juri tetap terdiri daripada maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.

Dalam pada itu, hos program tersebut bakal diumumkan secara rasmi pada konsert pertama GV10.

Konsert mingguan GV10 akan mula bersiaran secara langsung dari Dewan Auditorium MBSA Shah Alam selama 12 minggu pada setiap Ahad, pukul 9 malam bermula 24 September depan dan dipancarkan secara eksklusif menerusi Astro Ria.

Juara GV10 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI