fbpx

Ugut rakan senegara RM17,000 selepas bawa masuk ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Akibat mengugut rakan senegara sebanyak RM17,000 selepas bertindak menjadi ejen palsu membawanya ke dalam Malaysia, seorang lelaki Myanmar ditahan di Taman Cahaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki warga Myanmar pada pukul 10 malam, di Taman Lembah Maju, di sini Selasa lalu.

Katanya, mangsa memaklumkan dirinya didatangi tiga lelaki Myanmar tidak dikenali lalu membawanya menaiki kereta ke kawasan Bukit Permai, di sini untuk berjumpa dengan kenalannya yang juga seorang lelaki Myanmar.

“Tujuan mangsa ikut bersama tiga lelaki tersebut kerana kenalan tersebut mengajaknya untuk berjumpa bagi membincangkan isu hutang.

“Setelah sampai di lokasi tersebut, kenalan mangsa mengugut dan meminta untuk membayar wang berjumlah RM 17,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Azam, mangsa hanya dilepaskan selepas membayar RM 7,000 dan suspek turut mengugut untuk menyelesaikan baki bayaran sebanyak RM 10,000.

Bertindak atas risikan, Mohd. Azam berkata, pihaknya telah membuat tangkapan seorang lelaki Myanmar pada pukul 3.30 petang di Taman Cahaya, di sini, semalam.

“Suspek berusia 35 tahun yang ditahan didapati mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dan berkerja sendiri sebagai tukang paip.

“Ujian saringan awal dadah suspek mendapati negatif sebarang jenis dadah bagaimanapun setakat ini tiada sebarang rampasan daripada suspek,” katanya.

Menurut beliau, motif kejadian adalah suspek mengaku bertindak sebagai ejen palsu yang cuba mengaut keuntungan dengan membawa masuk mangsa dan isteri ke Malaysia melalui jalan laut.

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang bagi tujuan permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut, hari ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kesalahan pemerasan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI