fbpx

Prestasi semua agensi kerajaan memuaskan sepanjang lapan bulan mentadbir – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) ketika melancarkan logo sempena 100 tahun AmanahRaya di sini hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

PETALING JAYA – Prestasi semua agensi berada ditahap memuaskan selepas Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk pimpinan negara sejak lapan bulan lalu.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tempoh itu juga tiada apa-apa kecurangan, ketirisan atau kerosakan berlaku terutamanya dalam skala besar.

Dengan mengambil contoh Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) jelasnya, agensi itu telah mempamerkan prestasi yang baik dalam pengurusannya.

“Saya dah hampir lapan bulan dalam kerajaan, mengetuai negara ini, saya bangga, saya meneropong, menelusuri setiap agensi dan minta dipantau teliti kalau ada apa-apa kekurangan, ketirisan, kerosakan, terutama berskala besar.

“Syukur Alhamdulillah, setakat ini AmanahRaya prestasinya baik dan saya harap semangat ini dikekalkan kerana ia tidak hanya terletak kepada pimpinan sahaja malah seluruh jentera juga harus menjamin kebersihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Ulang Tahun Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) yang ke-100.

Pada majlis itu, Anwar turut melancarkan logo khas 100 tahun AmanahRaya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata menambah, Amanah Raya Berhad perlu sedar bahawa mereka ketika ini sedang memikul tanggungjawab besar.

Ujar beliau, al-Quran juga menyatakan amanah kalau tidak disempurnakan di tahap baik bererti khianat dan mendustakan agama.

“Mengabaikan atau mengkhinati amanah anak yatim dan orang miskin itu al-Quran menyebut orang itu berdusta,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI