fbpx

Mayat dalam guni: Tambi Chai didakwa Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek berjaya ditahan polis pada Selasa lalu dan direman selama tujuh hari.

SERDANG – Seorang lagi individu lelaki yang dipercayai bersubahat dalam kes pembunuhan kerani kewangan yang disumbat di dalam guni plastik di sebuah stor buruk di Taman Bukit Serdang, di sini, akan didakwa pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A.A. Anbalagan berkata, S. Dorairaj yang dikenali sebagai Tambi Chai berusia 43 tahun berjaya ditahan pada Selasa lalu, sekitar pukul 2 pagi.

Ujarnya, suspek direman selama tujuh hari bermula Selasa lalu hingga Isnin minggu depan.

“Kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan mendapat arahan pertuduhan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan bersama-sama dengan tiga individu yang sudah dituduh sebelum ini.

“Suspek ini akan dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah (1) Mahkamah Petaling Jaya pada 28 Ogos nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 16 Ogos lalu, Kosmo! melaporkan tiga beranak didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki warga India dalam kejadian mayat ditemui disumbat dalam guni.

Bagaimanapun ketiga-tiga tertuduh iaitu ahli perniagaan barang lusuh Datuk V. Nanta Kumar, 51, dan dua anaknya iaitu Miren Ram, 24 serta Krithik Ram, 22 mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas telah menyebabkan kematian A.Vinayagamoorthy, 41, dengan niat hendak menyebabkan kecederaan tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematian yang mana kesalahan homisid salah yang terjumlah kepada kesalahan membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI