fbpx

Anwar ucap tahniah kepada Muhammad Qayyim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) bergambar bersama Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1445H/2023M, Muhammad Qayyim.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1445H/2023M, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pemenang lain yang menerima pengurniaan hadiah daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Semoga majlis seperti ini bukan sahaja memuliakan al-Quran, malah dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kefahaman melalui mesej yang terkandung dalam al-Quran,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Muhammad Qayyim, 25, yang merupakan Qari Malaysia dan juga orang kelainan upaya (OKU) penglihatan muncul juara bagi kategori lelaki dengan catatan markah 94.96 peratus.

Beliau dilaporkan mendalami dan mempelajari skil bacaan al-Quran menggunakan naskhah Braille.

Tempat kedua pula dimenangi Alireza Bizhaniavval dari Iran yang memperoleh 93.30 peratus, manakala Awang Mohd Zul-Hafiz Awang Tengah dari Brunei Darussalam di tempat ketiga dengan 90.38 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI