fbpx

PM umum peruntukan tambahan selenggara Jalan Raya Gerik-Jeli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) bergambar dengan sebahagian daripada 37 bekas petugas JKR yang terlibat pembinaan Jalan Raya Timur Barat di Jeti Awam Pulau Banding di Gerik hari ini. - Foto oleh WAT KAMAL ABAS/ KOSMO!

GERIK – Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta bagi tujuan penambahbaikan serta penyelenggaraan Jalan Raya Timur Barat (Gerik-Jeli).

Ia sekali gus menjadikan peruntukan bagi tujuan baik pulih jalan raya berkenaan meningkat kepada RM75 juta selepas RM45.676 juta telah diluluskan tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, biarpun permintaan terharap peruntukan bagi kerja-kerja membaiki jalan raya tersebut begitu tinggi, beliau akan mengkajinya dalam Belanjawan Madani kedua pada Oktober depan.

“Tetapi hari ini, saya boleh luluskan tambahan RM30 juta lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen MyJalan di Jeti Awam Pulau Banding di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis berkenaan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Pada masa sama, Anwar berkata, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan telah memberi inisiatif peruntukan-peruntukan tamabahan sebanyak RM1.659 bilion yang diterima Kementerian Kerja Raya.

Menurutnya, Kementerian Kewangan telah memperuntukkan RM370 juta peruntukan tambahan penyenggaraan Jalan Persekutuan di seluruh negara.

“RM300 juta bagi kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan yang tiada dalam syarat kontrak syarikat konsesi. Inisiatif ini memberi manfaat besar kepada kontraktor kecil G1 hingga G4.

“RM20 juta peruntukan khas kepada Jurutera-Jurutera Daerah dan RM50 juta bagi kerja pemasangan dan penyenggaraan lampu jalan di kawasan tinggi risiko kemalangan,” katanya.

Dalam pada itu, bagi mengenang jasa 37 petugas Kerja Raya (JKR) yang terlibat dengan pembinaan Jalan Raya Timur Barat, Anwar berkata, kerajaan akan meluluskan saguhati RM1,000 kepada mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI