fbpx

Lelaki cedera, dua kilang terbakar di Kepong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran dua kilang itu berjaya dikawal sepeunuhnya pukul 12.36 tengah hari tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan mengalami kecederaan ringan pada bahagian tangan selepas terbabit dalam dua kebakaran kilang di Jalan Metro Perdana Barat 16, Metro Prima Kepong, di sini, pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang mendakwa dua kilang terbakar pada 10.13 pagi.

Jelasnya, seramai 50 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, BBP Gombak Selatan, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Wangsa Maju, BBP Sri Hartamas dan BBP Selayang tiba di lokasi kejadian pada pukul 10.23 pagi.

“Hasil laporan awal, kebakaran dipercayai berpunca daripada bermula daripada kilang alat ganti motosikal. Bagaimanapun, punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujarnya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jelasnya, kebakaran terbabit telah melibatkan kilang alat ganti motosikal serta kilang kertas.

“Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada 12.36 tengah hari. Hasil tindakan pantas anggota, kita dapat mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan yang bersebelahan.

“Secara amnya, kerosakan pada bangunan kilang alat ganti motosikal adalah 90 peratus manakala kilang kertas kita anggarkan sebanyak 20 peratus musnah,” katanya.

Menurutnya, pihaknya masih memantau kawasan kejadian untuk memastikan tiada bara api bersisa yang berpotensi menjadi punca kebakaran merebak kali kedua.

“Setakat ini kita telah mendapat laporan seorang mangsa telah terlibat dan kecederaan pada bahagian tangan kiri dan kanan mangsa. Mangsa lelaki berusia 45 tahun itu kemudian dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan,”ujarnya.

Tambahnya, punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI