fbpx
Saktygaanapathy ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Klang.

Lelaki punca penunggang motosikal maut tercampak tukar pengakuan kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Pembantu makmal yang tular menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal sebelum ini, menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Majisret hari ini, atas pertuduhan dadah.

R. Saktygaanapathy, 28, membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan hadapan Majistret Nor Azilah Mat.

Sebelum ini, lelaki berkenaan dilaporkan mengaku bersalah ketika prosiding pada 1 April lalu.

Mengikut pertuduhan pindaan, dia telah memberikan dirinya dadah disyaki jenis 11-Nor-Delta-9-Tetrahydrocannabinol-9-Carboxylic Acid ke dalam badan, di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini, jam 3.30 petang pada 29 Mac lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Peguam Aravind Raj ketika ditemui di luar mahkamah berkata, anak guamnya sebelum ini tidak diwakili peguam ketika membuat pengakuan awal.

“Selepas saya jelaskan kes ini serta kesan pengakuan bersalah, barulah dia menukar pengakuan kepada tidak bersalah,” katanya.

Dalam pada itu, pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sulfie Abu Hassan memaklumkan laporan kimia berkaitan kes berkenaan masih belum diperoleh.

Mahkamah menetapkan 22 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Bagi kes bunuh yang dihadapi Saktygaanapathy, Majistret A. Karthiyayini turut menetapkan tarikh sama selepas Timbalan Pendakwa Raya, Aqharie Durranie Aziz menyatakan laporan bedah siasat belum diperolehi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat, kira-kira pukul 11.47 pagi pada 29 Mac lalu.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang penunggang motosikal, Amirul Hafiz, maut dalam keadaan tragis apabila badannya melambung sebelum tercampak atas kenderaan lain selepas dilanggar kereta pada pukul 10.40 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN