fbpx

Bruno Major ‘dakap’ jiwa peminat KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRUNO MAJOR

SAAT muncul di pentas konsert, Bruno Major pantas meledakkan jeritan kepada sekitar lebih 1,500 peminat tegar yang tidak sabar menantikan kelibatnya.

Bukan sahaja hampir memecahkan gegendang telingat penulis, tanpa putus, teriakan fanatik peminat tempoh hari seakan-akan mahu meruntuhkan pentas Zepp Kuala Lumpu (KL), Ahad lalu.

Buka sahaja mulut, lantunan melodi indah The Show Must Go On seperti mentera pengubat, Zepp KL yang awalnya riuh-rendah tiba-tiba seperti terkesima tanpa suara.

Masing-masing mula bergoyang dan menari sambil menikmati kelunakan suara penyanyi dan penulis lagu berusia 35 tahun itu.

Ringkas mengenakan persalinan jaket dengan corak ‘checkers’ hitam putih, Major tidak menunggu lama daripada meneruskan persembahan dengan lagu berjudul Like Someone In Love dan Fair-Weather Friend.

“Saya juga sayangkan anda,” jawab Major saat membalas jeritan salah seorang peminat yang melaungkan lafaz cinta ke arahnya seusai menyampaikan lagu ketiga.

BRUNO MAJOR menyifatkan sambutan yang diterima daripada peminat di Malaysia amat luar biasa dan menakjubkan.

Semangat

Major ketika bercakap sepatah dua kata dengan penggemarnya mengakui, amat menghargai kehadiran penonton pada malam tersebut. Dia benar-benar terharu dengan sambutan yang diterima.

Selepas kali pertama berkunjung ke Malaysia mengadakan konsert pada 2018, Major teruja dan gembira apabila sekali lagi hadir menghiburkan peminatnya menerusi konsert jelajah, Tour of Planet Earth.

Tanpa rasa lelah walaupun baru sahaja menghiburkan peminatnya di Jakarta, Indonesia pada malam sebelumnya, Major tetap bersemangat memberikan yang terbaik buat peminat di Kuala Lumpur.

KEHADIRAN kali kedua Bruno Major membuat persembahan di Malaysia disambut baik peminat yang merindui kelunakan suaranya.

Major ketika ditemui semasa sidang media dua jam sebelum berlangsungnya konsert memberitahu, selain mahu mengubat kerinduan peminat di Malaysia, dia juga mahu memperkenalkan kemunculan album

ketiganya, Columbo yang belum pernah diperkenalkan di negara ini.

“Kali terakhir saya ke Malaysia adalah pada 2018 untuk mengadakan konsert. Selepas lima tahun, saya kembali lagi ke sini tapi bukan hanya untuk mengubati kerinduan peminat, sebaliknya mahu memperkenalkan album saya yang ketiga, Columbo,” ujarnya.

SERAMAI kira-kira 1,500 penonton membanjiri konsert Bruno Major Tour Of Planet Earth 2023 di Zepp Kuala Lumpur yang menjadi lokasi terakhir konsert jelajahnya di Asia.

Vokal ‘soul’

Biarpun baru selesai mengadakan persembahan di Jakarta sehari sebelum konsert di Malaysia, penyanyi yang terkenal dengan lantunan vokal ‘soul’ itu tetap menjanjikan persembahan berbeza buat peminat di sini.

“Saya baru sahaja selesai mengadakan persembahan di Jakarta, sehari sebelum ke Malaysia. Untuk persembahan di sini, saya boleh janjikan mutu yang lebih bertenaga.

“Tentang jumlah lagu yang dinyanyikan, saya sendiri tidak pasti,” ujar Major yang menyampaikan deretan 18 buah lagu popular sepanjang persembahan.

Bercerita lebih lanjut, penyanyi itu turut mengakui tidak akan dapat melupakan lagu-lagu hitsnya daripada dua album terdahulu iaitu To Let A good Thing Die dan A Song for Every Moon, sebagai hiburan buat peminat di sini.

“Saya juga menyanyikan lagu-lagu daripada dua album terdahulu untuk peminat di Malaysia, selain daripada mempromosikan album ketiga saya,” katanya.

Major yang popular menerusi lagu-lagu seperti Easily, Places We Won’t Walk dan Nothing sememangnya seorang penyanyi dan penulis lagu yang memiliki jiwa ‘realistik’ untuk menghasilkan lagu bertemakan cinta, namun disampaikan dalam bentuk moden yang lebih dekat di hati pendengar.

SELAIN berbakat dalam nyanyian dan menulis lagu, penyanyi berusia 35 tahun itu juga berkebolehan bermain alat muzik seperti gitar dan keyboard.

Kenangan indah

Konsert jelajah Tour of Planet Earth yang dibawakan istimewa oleh Shiraz Projects memulakan siri jelajahnya di Tokyo, Jepun pada 8 Ogos lalu, selepas konsert yang sepatutnya berlangsung pada 2020 terpaksa dibatalkan ekoran pandemik Covid-19.

Sebelum Kuala Lumpur yang menjadi lokasi penutup konsert jelajah di Asia, Major yang lebih selesa dikenali sebagai komposer itu melakukan jelajah konsertnya di Korea Selatan, Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia sepanjang Ogos ini.

Dia juga bakal meneruskan konsert jelajahnya di Amerika Syarikat dan Kanada pada September ini sebelum menuju ke beberapa buah negara Eropah pada November.
Jelajah Major dijangka berakhir pada 23 November di London, England.

SEBANYAK 18 buah lagu didendangkan Major sepanjang hampir dua jam konsert di Zepp Kuala Lumpur pada 20 Ogos lalu.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI