fbpx

Mahkamah: Juruteknik didenda RM10,000, penjara sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Akim ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.

SHAH ALAM – Seorang juruteknik penyambungan meter menerima balasan setimpal apabila didenda RM10,000 dan penjara sehari oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menerima rasuah RM1,000 kerana tidak mengenakan saman kesalahan mencuri bekalan elektrik, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Akim Shahrudin, 28, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani tambahan penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Muhammad Akim didakwa telah secara rasuah menerima suapan bernilai RM1,000 daripada seorang lelaki berusia 69 tahun sebagai dorongan mengubah laporan service oder dalam mobility for meter management system (3MS) daripada kesalahan membuat penyambungan dan pengubahsuaian wayar di terminal Tenaga Nasional Berhad kepada meter rosak.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 5.15 petang di sebuah unit pangsapuri di Pelabuhan Klang pada 18 Ogos lalu.

Justeru, dia dakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi sekiranya disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muaz Ahmad Khairuddin sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Kosmo! Ahad lalu melaporkan seorang juruteknik direman enam hari selepas dipercayai terlibat rasuah bernilai RM1,000 untuk tidak mengenakan saman atas kesalahan mencuri bekalan elektrik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI