fbpx

Maritim Malaysia bantah tindakan SPCG ceroboh perairan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim (kanan). - Foto IQBAL HAMDAN

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) membantah tegas tindakan agensi penguatkuasa asing Singapore Police Coast Guard (SPCG) dipercayai memasuki perairan Malaysia pada 14 Ogos lalu.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, pihaknya akan membuat permohonan bantahan diplomatik agar kejadian serupa tidak berulang di masa hadapan demi memelihara hubungan baik kedua-dua buah negara.

Katanya, Maritim Malaysia berasa kecewa atas tindakan bot SPCG terbabit dilihat bertindak melampau, mengganggu serta merosakkan peralatan nelayan tempatan di samping menunjukkan sikap yang tidak menghormati kedaulatan maritim negara jiran.

“Berdasarkan laporan yang diterima, nelayan terbabit telah membuat aduan kepada pihak polis berkaitan insiden pihak SPCG telah melanggar pukat beliau di kedudukan 0.2 batu nautika di Barat Daya Tuas Checkpoint.

“Berdasarkan lokasi kejadian yang dilaporkan pengadu, pihak Maritim Malaysia telah merujuk kepada pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) bagi proses pengesahan insiden di atas Peta Baru Malaysia 1979,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, maklumbalas pihak Jupem mengesahkan bahawa lokasi kejadian yang dilaporkan oleh pengadu jelas berada di dalam perairan Laut Wilayah Malaysia berhampiran jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

“Lokasi kejadian juga merupakan kawasan lokasi kebiasaan para nelayan tempatan di Johor bagi menangkap ikan dan menjaring udang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI