fbpx

Nahas Elmina: Saya cam suami, sebab baju dipakai itu saya sediakan – Isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suriana (kiri) bersama dua anaknya. Gambar kecil Arwah Sharipuddin.

SEPANG – “Saya cam suami saya, sebab baju yang dia pakai itu saya sediakan pada pagi sebelum dia ke kerja,”.

Demikian kata Isteri kepada pemandu e-hailing Alahyarham Sharipuddin Shaari, 51, yang terlibat dalam nahas Beechcraft Model 390 (Premier 1), Khamis lalu.

Suriana Muda, 43, berkata, ketika dia diminta untuk membuat pengecaman di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) , Klang semalam, Suriana memaklumkan pada mulanya dia amat gementar untuk melihat tayangan slaid yang disediakan di jabatan berkenaan.

Namun, bagi mengenal pasti identiti suaminya itu, dia terus menguatkan diri untuk melihat tayangan slaid tersebut.

“Bila mereka mula menayangkan slaid pada saya, pada mulanya saya tidak dapat kenal pasti suami saya, tetapi sampai kepada satu gambar terus saya katakan ‘ya ini suami saya’.

“Apa yang saya boleh katakan benar sebab baju yang dia pakai saya yang sediakan, dia pakai baju jersi piala dunia yang tertera dibelakang baju itu perkataan ‘Germany’ tetapi hanya tinggal ‘many’,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menziarahi keluarga pemandu e-hailing berkenaan di kediamannya dia di Taman Desa Vista, di sini.

Menurut Anthony, wakil syarikat Grab turut hadir bersama dan akan membantu proses tuntutan insurans kepada keluarga mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI