fbpx

Nahas Elmina: PPIM gesa syarikat ekonomi gig wajibkan caruman Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa syarikat ekonomi gig mewajibkan pekerja sektor berkenaan untuk mencarum dengan program Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Kenyatan berkenaan dikeluarkan selepas dua mangsa yang merupakan pekerja sektor terbabit telah terkorban dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuh Raya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata, kejadian malang itu amat mengejutkan seluruh Malaysia dan pihaknya mendoakan semoga semua ahli keluarga dan sahabat mangsa tabah menghadapi dugaan ini.

“Sudah tiba masanya semua pekerja dalam sektor gig ekonomi seperti penghantar makanan diwajibkan mencarum dengan Perkeso.

“Dalam kita bersedih dengan kejadian yang menimpa saudara Islam kita, saya bersimpati dan sedih mengenang nasib keluarga mereka yang ditinggalkan,” katanya.

Jelasnya, walaupun semua pemandu dan penunggang e-hailing sebelum ini diwajibkan mencarum dengan SKSPS, pihaknya dimaklumkan mangsa yang terlibat di dalam kejadian semalam
tidak membuat caruman.

“Semua pihak harus lebih proaktif dalam memastikan semua rakyat Malaysia yang bekerja di dalam sektor apa sekalipun mencarum dengan Perkeso untuk perlindungan mereka,”ujarnya.

Menurut Nadzim, Perkeso perlu lebih tegas dengan majikan atau penyedia perkhidmatan sektor ekonomi gig atau lejang untuk memastikan semua pekerja mereka sentiasa dilindungi.

“Jika mereka hanya pekerja separuh masa, pastikan sedikit wang hasil pendapatan dicarumkan walaupun RM2 bagi memastikan nasib mereka terbela jika berlaku apa-apa musibah,” tambahnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan penghantar makanan, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh dan pemandu e-hailing, Sharipuddin Shaari telah terkorban dalam nahas pesawat berkenaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI