fbpx

Kebajikan rakyat Simpang Jeram jadi keutamaan Nazri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazri

MUAR – Kebajikan rakyat khususnya bidang sosio ekonomi akan dijadikan keutamaan sekiranya terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 9 September nanti.

Calon Parti Amanah Negara (Amanah), Ir Nazri Abdul Rahman, 56, berkata, hasrat untuk membantu rakyat di Simpang Jeram ini sudah lama terbuku dalam dirinya.

“Semua perancangan yang sudah dilaksanakan oleh Arwah Salahuddin Ayub ketika era pentadbiran beliau akan diteruskan serta ditambah baik semata-mata untuk kesejahteraan hidup penduduk disini,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum itu, Parti Amanah Negara (Aamanah) mempertaruhkan anak tempatan sebagai calon PH-BN untuk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Ir Nazri Abdul Rahman, 56, anak ke 14 daripada 17 adik beradik merupakan anak jati Batu Tiga di Bakri dan berkelulusan Pengajian Doktor Flasafah (PhD) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam bidang kejuruteraan.

Nazri yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Bahagian Kejurutetaan di Majlis Perbandaran Muar (MPM) mula berkecimpung dalam arena politik kira-kira 30 tahun lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI