fbpx

Tun M kritik kerajaan double standard, sekat kebebasan bersuara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Mahathir ketika berucap pada sidang akhbar di Yayasan Albukhary, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik sistem demokrasi yang diamalkan Kerajaan Perpaduan ketika ini kerana didakwa bersifat ‘double standard’.

Dakwa beliau, perkara itu terbukti apabila dirinya merasai seakan diugut apabila diambil keterangan oleh pihak polis berhubung hantarannya di Facebook 27 Julai lalu.

“Saya hairan, ada ‘double standard’, bila saya baca dalam surat khabar yang Zeti (Bekas gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz) buat laporan pada Peguam Negara berkenaan kesalahan tiga pegawai 1MDB, tak polis siasat, tiada apa pun.

“Bagi saya statement (ambil keterangan) ini ugutan yang menghalang saya bercakap berkenaan masalah dalam negara. Saya bercakap mengikut fakta yang jelas dan tidak menyalahi undang-undang.

“Saya cakap mengikut Perlembagaan Negara yang mana kedudukan Malaysia sebagai Tanah Melayu, bila cakap tanah Melayu mereka cakap saya rasis “ katanya pada sidang akhbar di Yayasan Al-Bukhary di sini, hari ini.

27 Julai lalu, Dr Mahathir Mohamad memuat naik satu ciapan di akaun Twitter yang mendakwa Malaysia bukanlah sebuah negara ‘berbilang bangsa’.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir memaklumkan setakat ini beliau telah dirakamkan keterangan oleh pihak polis sebanyak lapan kali sejak pemerintahan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga kini.

“Ini (Malaysia bukan negara berbilang bangsa) perlu diterangkan pada rakyat. Kita tak perlu tukar corak atau perlembagaan. Itu sebab saya dirakam dan disoal mengapa cakap macam itu.

“Saya nyatakan masalah dihadapi sekarang ini. Orang Melayu hadapi banyak masalah, rupanya tak boleh cakap macam itu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan kesediaanya untuk menjawab segala baki persoalan sekiranya dituduh di mahkamah atas kesalahan hantarannya di Facebook itu.

Dalam pada itu, beliau mendakwa negara sedang bergerak kearah ‘police state’ selepas mendakwa kerajaan mengambil tindakan sesuka hati tanpa mengikut undang-undang.

“Kita dapati keadaan dalam negara pelik, seolah tidak lagi mengikut undang-undang, (tetapi) ikut suka hati,”- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI