fbpx

Pencuri tinggal tong gas, terkejut dengar jeritan suri rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki itu melarikan diri dan meninggalkan tong gas di atas tanah. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan dua pencuri meninggalkan tong gas di atas tanah setelah mendengar jeritan beberapa wanita yang mengejar mereka, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terang_media. Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku pada Selasa lalu.

Rakaman CCTV menunjukkan dua lelaki membawa sebuah tong gas di kawasan perumahan yang agak sunyi.

Apabila disapa beberapa wanita, mereka kelihatan tersenyum. Namun salah seorang daripada mereka kemudian panik dan melarikan diri.

Wanita yang menyapa mereka kemudian menjerit sambit mengejar dua lelaki tersebut. 

Ketika melarikan diri, pencuri tersebut meninggalkan tong gas di atas tanah.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Bagus, penggera (jeritan) emak-emak lebih kuat dan lantang,” komen seorang netizen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI