fbpx

Nahas Elmina: Pas Pahang zahir takziah, allahyarham disenangi lawan dan kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Johari Harun.

KUANTAN – Pas Pahang menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat ringan di perumahan Elmina, Shah Alam, Selangor, petang tadi.

Pesuruhjaya Pas negeri, Rosli Abdul Jabar turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham termasuk ahli keluarga sembilan lagi mangsa yang terkorban dalam kejadian itu.

“Saya sifatkan kehilangannya sebagai kehilangan yang besar kerana beliau adalah antara tokoh pemimpin yang dilihat begitu komitmen dengan amanah yang diberikan.

“Walaupun masih baharu memegang jawatan sebagai Exco dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri). Disamping itu beliau juga adalah tokoh yang disenangi oleh kawan dan lawan,” katanya yang turut merakamkan ucapan takziah buat seluruh warga UMNO Pahang dan penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Rosli berharap seluruh ahli keluarga allahyarham tabah dan bersabar dengan ujian daripada Allah dan segala urusan dipermudahkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI