fbpx

PRN: MB Kelantan yang baharu angkat sumpah Selasa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Yakob

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka akan mengangkat sumpah pada Selasa ini selepas Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pesuruhjaya Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, PN akan mengadakan perbincangan untuk memilih calon bakal menggalas tanggungjawab itu malam ini atau pagi esok.

“Apabila dapat semua (senarai penuh), kita akan bincang. Insya-Allah, Menteri Besar baharu akan mengangkat sumpah pada 15 Ogos ini.

“Bagaimanapun, ia (pemilihan Menteri Besar) tertakluk kepada perkenan Sultan Kelantan (Sultan Muhammad V),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Kemenangan PN Kelantan di Pejabat Perhubungan Pas di sini sebentar tadi.

Media sebelum ini melaporkan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Kelantan bakal mendapat Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar yang baharu sekiranya PN kekal mentadbir negeri itu pada PRN.

Menurutnya Pas memutuskan perubahan kedudukan dua jawatan itu dengan mengemukakan gabungan kepemimpinan baharu iaitu seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat, tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.

Dalam pada itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pertukaran jawatan Menteri Besar Kelantan dan timbalannya selepas PRN dilakukan kerana kedua-dua pemimpin itu telah lama mentadbir negeri tersebut.

Menurunya, keputusan itu juga dilakukan untuk memberi peluang kepada pemimpin baharu dan mewujudkan suasana serta semangat baharu di negeri itu.

Pada PRN, PN menang bergaya apabila meraih 43 daripada 45 kerusi DUN Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI