fbpx

Pochettino sifatkan pertemuan ibarat buku bertemu ruas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POCHETTINO (kanan) percaya anak-anak buahnya sudah tidak sabar untuk asah taring dengan The Reds pada aksi EPL di Stamford Bridge malam ini.

LONDON – Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino menganggap aksi menentang Liverpool pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Stamford Bridge malam ini sebagai ‘buku bertemu ruas’.

Kata Pochettino, anak-anak buahnya sudah tidak sabar untuk asah taring dengan The Reds selain pasukan itu memiliki jurulatih terbaik di dunia menerusi sentuhan Jurgen Klopp.

“Secara peribadi, saya anggap Klopp adalah salah seorang jurulatih terbaik di dunia dan ketika saya dipecat Tottenham Hotspur sebelum ini, dia memberikan pesanan dan nasihat yang menaikkan motivasi saya.

“Bukanlah satu kejutan apabila dia berjaya membantu Liverpool menjulang banyak kejuaraan walaupun prestasi pasukan itu musim lepas tidak memberangsangkan. Namun, saya yakin mereka kekal antara pilihan untuk bergelar juara musim ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Pochettino mengakui turut gembira untuk kembali dalam kancah EPL buat kali pertama dalam tempoh empat tahun selepas dipecat Spurs pada tahun 2019.

“Saya sangat rindu dengan saingan EPL yang dianggap terbaik di Eropah kerana begitu kompetitif. Malah, penyokong juga begitu setia bermula dengan divisyen bawahan dan inilah yang menjadikan England begitu istimewa,” katanya.

Sementara itu, Pochettino turut menganggap keputusan untuk memberikan lilitan kapten kepada Reece James bermula musim ini sebagai tindakan yang tepat.

“James memiliki karakter selaku pemimpin sejati yang tidak dimiliki pemain lain dan semua orang menghormatinya di sini. Dia bermula selaku pemain akademi dan bakal menjadi masa depan pasukan kami,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI