fbpx

Klopp akui berdebar berdepan Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP tidak tahu apa impak yang diberikan Pochettino kepada Chelsea menjelang pertembungan kedua-dua kelab pada aksi pembukaan EPL di Stamford Bridge malam ini.

LIVERPOOL – Pengurus pasukan Jurgen Klopp mengakui agak berdebar dalam usaha meraih keputusan positif menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Chelsea di Stadium Stamford Bridge malam ini.

Menurut Klopp, pasukan The Blues kini tampil dengan ‘wajah baharu’ sejak dikendalikan oleh pengendali dari Argentina, Mauricio Pochettino, sekali gus boleh memberi kesukaran buat anak-anak buahnya.

“Kita tidak tahu apa impak yang sudah diberikan Pochettino kepada Chelsea tetapi jika ada, saya pasti pasukan tersebut akan tampil dengan corak permainan lebih terbuka dan moden kerana saya banyak kali menentang Pochettino dengan pasukan lain sebelum ini.

“Malah, saya juga ada menyaksikan aksi Chelsea ketika pramusim dan mereka kini kelab yang berbeza selain memiliki ramai pemain baharu yang berkualiti.

“Justeru, ini adalah cabaran besar buat pasukan andai mahu memulakan kempen EPL dengan langkah kanan apatah lagi mengharungi perlawanan pertama yang cukup sukar,” kata Klopp.

Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Jerman itu turut bercadang untuk menaikkan pangkat pemain tengah, Thiago Alcantara sebagai ‘jeneral’ baharu jentera tengah pasukan pada musim ini selepas pa­sukan kehilangan dua tonggak berpengalaman, James Milner dan Jordan Henderson.

“Saya telah berbincang dengan Alcantara pada awal musim ini dan mahu dia kekal bersama kami. Bagi aspek pengalaman, dia antara yang terbaik dan saya harap dapat membantu ramai pemain muda kami musim ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI