fbpx

Cubaan PATI panjat bumbung, rempuh penguat kuasa gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN warga asing tanpa izin yang ditahan dalam operasi oleh Jabatan Imigresen di Manjung, kelmarin. - Foto IHSAN JIM PERAK

IPOH – Tindakan beberapa pendatang asing tanpa izin (PATI) cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung dan merempuh anggota penguat kuasa gagal apabila mereka dicekup dalam operasi di daerah Manjung, kelmarin.

Serbuan menerusi Op Sapu, Selera, Kutip dan Belanja itu dijalankan bermula pukul 6.30 petang hingga 12.30 tengah malam.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak, Hapdzan Husaini berkata, kehadiran pasukan operasi di kawasan premis perniagaan dan perumahan itu menyebabkan terdapat warga asing yang sanggup membahayakan diri bagi mengelak diperiksa.

Bagaimanapun katanya, kecekapan pasukan operasi telah menggagalkan cubaan warga asing berkenaan.

“Setibanya anggota operasi di lokasi tangkapan, serbuan dan pemeriksaan menyeluruh terhadap warga asing telah dilakukan.

“Dalam operasi itu, seramai 104 individu diperiksa di mana 90 orang daripada mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen,” katanya, di sini hari ini.

Katanya, kesemua yang ditahan merupakan warga Bangladesh, Pakistan, India, Nepal, Indonesia dan Myanmar serta berusia antara setahun hingga 50 tahun iaitu 63 lelaki, 27 perempuan termasuk lima kanak-kanak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI