fbpx

PRN: Nurul, Noh undi di lokasi sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Syazwani dan Noh menunjukkan jarinya selepas selesai mengundi di SK Sungai Burong, Tanjong Karang Kuala Selangor, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

KUALA SELANGOR – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang, Nurul Syazwani dan bapanya, Noh Omar mengundi di lokasi sama di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Burong, Tanjong Karang di sini, hari ini.

Turut mengundi, isteri Noh, Puan Sri Dr. Aishah Salleh dan suami Nurul, Hisyam Hedzril Nor Hashim.

Empat sekeluarga itu tiba secara serentak di pusat pengundian berkenaan, kira-kira pukul 9.20 pagi tadi.

Nurul Syazwani, 35, yang juga Ketua Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjong Karang berkata, beliau bersyukur dapat melunaskan tangggungjawan itu dengan tiga ‘tulang belakang’ yang setia bersamanya selama ini.

“Saya menyerahkan sepenuhnya kepada pilihan pengundi,” katanya.

Tinjauan mendapati pusat mengundi itu mula dipenuhi sejak pukul 7.30 pagi dan proses pengundian berjalan lancar serta terkawal setakat ini.

Pencabar kerusi DUN itu, Mohd. Yahya Mat Sahri atau Pak Ya dari Pakatan Harapan (PH) pula melaksanakan tanggungjawab berkenaan di SK Seri Tiram.

Kerusi N09 yang turut menjadi tumpuan itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.

Berdasarkan rekod SPR, Permatang mempunyai 30,793 pengundi biasa, tiga pengundi luar negara dan tiada pengundi polis.

Kawasan itu mempunyai seramai 23,199 pengundi dewasa, 5,746 pengundi warga emas dan 1,851 pengundi belia.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kerusi DUN Permatang dimenangi calon PKR, Rozana Zainal Abidin dengan majoriti 1,158 undi selepas menewaskan Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN) dan  Muhammad Jafaruddin Sheikh Daud (Pas). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI