fbpx

[VIDEO] Keluar simpang mengejut punca lori ‘panjat’ dua kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kemalangan membabitkan sebuah lori dan tiga kenderaan lain di Jalan Lebuh Puteri, Bandar Puteri, Serdang, semalam.

SERDANG – Sebuah lori terbabas merempuh dua kenderaan lain gara-gara sebuah kereta keluar simpang secara mengejut dalam kejadian di Jalan Lebuh Puteri, Bandar Puteri di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 11.40 pagi.

Katanya, siasatan awal dijalankan mendapati kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat di Jalan Lebuh Puteri ketika sebuah lori jenis Inokom dipandu seorang lelaki dari arah Lebuh Puteri (IOI Galeri) menghala ke KPMC Puchong.

“Lori tersebut melanggar sebuah kereta jenis Honda City yang dipercayai keluar simpang secara mengejut mengakibatkan ia terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum melanggar dua lagi kenderaan yang diletakkan berhampiran.

“Bagaimanapun, kemalangan itu tidak melibatkan kecederaan kesemua mangsa yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Anbalagan, pemandu lori serta Honda City tersebut masing-masing tidak mengalami kecederaan dalam kejadian.

“Siasatan dijalankan dibawah Peraturan 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 17 LN 166/59) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Remy Nordin di talian 0195282256. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI