fbpx
Izza (kiri) pada majlis pelancaran program Kejar Kerja di Kuala Lumpur hari ini.

Program Kejar Kerja tawar peluang buat wanita dalami bidang kecantikan, kreatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Program Kejar Kerja yang dilancarkan semula hari ini dilihat  dapat membantu menyediakan peluang kerjaya dalam industri kecantikan dan kreatif kepada wanita  berusia 18 hingga 30 tahun yang tinggal di sekitar Selangor dan Lembah Klang.

Program yang dianjurkan oleh Women:girls, sebuah pertubuhan bukan kerajaan itu dirangka dengan berteraskan prinsip setiap wanita muda berhak mendapat peluang untuk mencapai impian dan memperoleh masa depan yang cerah.

Pengarah Eksekutif Women:girls, Izza Izelan berkata, program tersebut telah mendapat sokongan daripada Nivea akan memberi peluang kepada peserta dapat bergandingan dengan mentor dan tokoh-tokoh terkemuka dalam industri solekan, fesyen dan kecantikan. 

Menurutnya, tokoh-tokoh ini akan menawarkan bimbingan, pandangan serta ilmu yang berharga sepanjang tempoh perantisan mereka. 

“Para peserta bakal mendapat manfaat daripada latihan kemahiran yang disesuaikan dengan permintaan dan trend terkini bidang kecantikan dan kreatif bagi memastikan jaminan pekerjaan,” katanya dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran program Kejar Kerjaya.

 Program ini telah dirasmikan di ibu pejabat baharu Watsons di ibu negara, dengan disaksikan oleh Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan serta Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh.

Izza menjelaskan, dalam usaha sama  memantapkan program Kejar Kerja, orang ramai boleh memainkan peranan dan terlibat secara aktif untuk membawa perubahan dengan membeli produk Nivea bernilai RM20 di mana-mana Watsons di seluruh Malaysia. 

Dengan setiap pembelian, RM1 akan didermakan ke arah inisiatif bermakna ini, sehingga jumlah mencecah RM140,000. 

Program Kejar Kerja terdiri daripada tiga fasa utama iaitu pengambilan, orientasi dan perantisan. 

Calon peserta yang berminat digalakkan untuk memohon pada fasa pengambilan pada bulan Ogos dan September dam kemudiannya calon yang terpilih  akan ke fasa orientasi pada bulan Oktober, diikuti dengan fasa perantisan, yang akan dijalankan dalam tempoh dua bulan terakhir tahun ini. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN