fbpx

KDN sedia bantu SPRM kes menantu Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin.

SHAH ALAM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melihat bentuk bantuan diperlukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini merupakan satu proses biasa dengan kerjasama akan diberikan kepada agensi tersebut.

“Prosesnya sama apabila sesuatu subjek diletakkan sesuatu status sama ada ‘wanted list’ dan sebagainya. Apatah lagi subjek itu berada di luar negara.

“Biasanya, KDN akan diminta untuk beri kerjasama daripada agensi penguatkuasa dan dalam kes ini SPRM dan kita tengok bentuk kerjasama diperlukan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, media melaporkan SPRM akan meminta kerjasama Jabatan Imigresen (JIM) bagi membekukan pasport menantu Muhyiddin dan seorang lagi individu.

Kedua-dua mereka diperlukan bagi isu rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Bagaimanapun, Peguam Datuk Baljit Singh Sidhu yang mewakili Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang merupakan menantu Muhyiddin itu menjelaskan anak guamnya meninggalkan Malaysia secara sah dan sebelum itu tidak pernah ditangkap atau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.

Saifuddin juga memaklumkan ada juga dalam kes berprofil tinggi akan membawa kepada perintah sekatan.

Ketika ditanya sama ada Muhammad Adlan akan diletakkan dalam senarai dikehendaki, beliau memaklumkan enggan mencampuri bidang kuasa SPRM.

“Setakat diberikan kenyataan media oleh Tan Sri Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM). Kekal begitu dulu,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI