fbpx

SPRM kesan dua lelaki berhubung isu rasuah, penyelewengan pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki yang sedang dikesan SPRM.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan isu rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, pelbagai usaha dilakukan pihaknya termasuk berhubung terus dengan kedua-dua penama dan peguam masing-masing, namun mereka masih gagal menghadirkan diri ke pejabat SPRM.

Individu pertama itu dikenalai sebagai Muhammad Adlan Berhan, 48, dengan alamat terakhir di Lot 65, Sunway Kiara Hills, Jalan 32/70A Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur, manakala individu kedua, Mansoor bin Saat, 69, beralamat terakhir di 5 Jalan SS19/1C Subang Jaya, Selangor.

“Hasil semakan SPRM dengan Jabatan Imigresen Malaysia, kedua-dua penama berkenaan telah meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei lalu serta tiada rekod masuk kembali ke negara ini,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terlibat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Nur Muhammad Amin Jamaluddin di talian 603-88700799 atau 016-4322 699 atau emel kepada [email protected]. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI