fbpx

PRN: Polis pantau aktiviti judi bertaruh keputusan PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua anggota polis wanita menunjukkan jari telah dicelup selepas proses undi awal di IPK Pulau Pinang hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

GEORGE TOWN – Polis memantau rapi aktiviti perjudian membabitkan pertaruhan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang yang akan diadakan 12 Ogos ini.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin, aktiviti itu dikesan dilakukan dalam skala kecil dan tidak melibatkan mana-mana sindiket.

“Setakat ini kita monitor (pantau), ada (aktiviti judi) bukan melalui sindiket secara kecil-kecilan itu ada.

“Mereka bertaruh siapa menang dan siapa kalah, setakat ini tiada tangkapan dilakukan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Suasana hari pengundian awal di IPK Pulau Pinang melibatkan pegawai dan anggota, hari ini. – Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

Terdahulu, Kok Chin meninjau proses undi awal yang dijalankan di Dewan Mutiara IPK pagi tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN enam negeri diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon. Hari pengundian awal pada 8 Ogos.

Dalam pada itu, Kok Chin berkata, setakat ini jumlah kawasan panas di Pulau Pinang masih kekal dua iaitu DUN Permatang Pasir dan DUN Bayan Lepas.

Sementara itu, katanya, seramai 6,451 pegawai dan anggota polis akan melaksanakan undi awal di 28 pusat mengundi melalui 33 saluran di IPK dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) masing-masing hari ini.

Kok Chin berkata, seramai 217 pegawai polis ditugaskan bagi melancarkan proses pengundian awal hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI