fbpx

Polis terima lima laporan cabut, patahkan bendera parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaidy (tiga dari kanan) ketika ditemui selepas membuang undi awal di Sekolah Latihan Asas Kepolisan di Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Polis menerima lima laporan berkaitan tindakan mencabut serta mematahkan bendera parti di daerah Kuala Muda sejak hari penamaan calon pada 29 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, satu lagi laporan adalah tentang kenyataan berbaur fitnah di media sosial.

“Kenyataan berbaur fitnah itu dibuat menerusi Facebook yang mana ia berkaitan kenyataan dibuat semasa ceramah yang tidak dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuang undi awal di Sekolah Latihan Asas Kepolisan (SLAK) di sini hari ini.

Zaidy pada masa sama memohon agar setiap parti yang bertanding pada PRN agar tidak menyentuh isu 3R iaitu membabitkan raja, agama dan kaum.

“Berbaki tempoh berkempen sehingga tengah malam 12 Ogos nanti, saya berharap calon dan penyokong parti dapat berkempen dalam keadaan harmoni

“Kita juga meminta calon sentiasa mengingatkan penyokong supaya tidak membuat provokasi kepada pihak lawan,” ujarnya.

Seramai 679 pegawai dan anggota polis membuang undi awal di SLAK.

Kerusi DUN Bukit Selambau melibatkan seramai 462 orang, DUN Tanjung Dawai 32 orang, DUN Pantai Merdeka 33 orang dan DUN Bakar Arang 152 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI