fbpx

Amirudin saman Sanusi, beri amaran jangan lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin.

GOMBAK – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari akan mengemukakan saman kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung kenyataan fitnah berkaitan Projek Gerbang Maritim Selangor (MSG).

Menurut Amirudin, tindakan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu adalah wajar memandangkan isu berkaitan MSG telah dijawab beberapa kali di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

“Isu MSG ini telah dijawab berulang kali oleh Exco Selangor, Ir. Izham Hashim berkenaaan proses selain menjawab pelbagai tuduhan termasuk keupayaan syarikat.

“Sebab itu daripada awal syarikat dan pihak terlibat telah mengemukakan surat tuntutan. Insya-Allah peguam saya sedang teliti dan paling lewat surat saman tersebut akan sampai kepada sanusi Khamis ini. Diharap (Sanusi) tidak lari menerima surat saman itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak selepas meninjau proses pengundian di Depot Bekalan Pusat, Kor Perkhidmatan Diraja, di sini hari ini.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi dilaporkan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah apabila mendakwa Vincent Tan iaitu kroni kepada Amirudin telah memperoleh tanah seluas 600 ekar atau 243 hektar secara percuma.

Ia termasuk tuduhan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) bakal mengalami kerugian mencecah RM180 juta jika Vincent Tan diberikan projek sungai bernilai RM10 bilion.

Dalam pada itu, Amirudin menegaskan, semua dakwaan yang dilemparkan pihak musuh (PN), membuktikan mereka begitu terdesak apabila cuba mencipta gelombang dengan menggunakan fitnah dan dakwaan tidak berasas.

“Mutakahir ini kita lihat mereka lebih galak untuk menabur fitnah dan kitar semula cerita yang telah dijawab, begitu juga dengan kes Bukit Lagong.

“(243 hektar) percuma paling tiada asas. Semalam timbul pula isu serahan elaun. Saya tidak dapat elaun satu sen pun. Paling besar saya dapat karipap dalam mesyuarat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`