fbpx

Vincent Tan, Berjaya Land tuntut Sanusi bayar RM200 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sanusi dan Vincent Tan.

PETALING JAYA – Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan dan Berjaya Land Berhad (Berjaya Land) menuntut pampasan ganti rugi sebanyak RM200 juta daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Ia susulan kenyataan Pengerusi PN Kedah itu ketika menyampaikan ucapan didakwa berunsur fitnah dan tidak benar berkaitan Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).

Berjaya Land dalam kenyataan berkata, pihaknya melalui firma guaman telah mengemukakan surat tuntutan kepada Muhammad Sanusi pada 5 Ogos lalu dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya ia gagal dipenuhi sebelum 8 Ogos ini.

Menurutnya, tanpa syarat, Muhammad Sanusi perlu menarik balik semua kenyataan defamasi yang merujuk kepada diri beliau dan Berjaya Land selain membuat permohonan maaf secara terbuka.

Ahli Pas itu juga diminta menyediakan jaminan bertulis untuk tidak mengulangi ucapan atau kenyataan serupa termasuk menghentikan penerbitan, ucapan, penulisan, penyiaran atau perkongsian semula.

Tambahnya, Muhammad Sanusi juga perlu membayar pampasan sebanyak RM200 juta ekoran kenyataan defamasi tersebut telah mencemarkan integriti, reputasi dan imej beliau serta Berjaya Land.

Sementara itu, Vincent Tan dipetik berkata, tuduhan yang dilemparkan itu telah menimbulkan keraguan dan mencetuskan syak wasangka tanpa sebab mengenai usaha perniagaan serta inisiatif kedermawanan yang sah.

“Kami ingin menyampaikan mesej yang jelas bahawa sesiapa yang membuat sebarang kenyataan palsu, kami tidak akan pandang ringan dan pastikan pihak yang terlibat bertanggungjawab atas tindakan mereka,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Vincent Tan dan Berjaya Land juga membuat beberapa laporan polis terhadap Muhammad Sanusi, selain beberapa blogger seperti Murray Hunter, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard dan Raja Petra Kamarudin atas penerbitan kenyataan defamasi terhadap projek SMG. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI