fbpx

Pertemuan dengan Sultan Kedah tiada kaitan permohonan melombong REE – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap ketika merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2023 di Pusat Persidangan dan Acara Connexion hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tujuannya menghadap Sultan Kedah, Sultan Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bersama ahli perniagaan dari Indonesia baru-baru ini hanyalah kunjungan hormat.

Anwar berkata, tiada sebarang permohonan dikemukakan berkaitan perlombongan unsur nadir bumi (REE) oleh ahli perniagaan berkenaan.

“Itu pertemuan dengan Sultan Kedah dan majlis itu ialah majlis dengan Sultan Kedah.

“Dia tidak bangkit soal REE, kalau dia mohon-memohon, itu bukan kepada Sultan Kedah. Sultan Kedah panggil saya kerana ada hal-hal lain termasuk ziarah makam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Anwar turut menegaskan agar kunjungan itu tidak digunakan untuk mengalih perhatian terhadap isu sebenar berhubung kecurian REE.

“Apa yang saya mahu sebutkan di sini, isu REE ini jangan dialih. Iaitu curi nadir bumi, beri kelulusan kepada syarikat China tanpa kebenaran,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa Perdana Menteri membawa hartawan dari Indonesia ke Kedah bagi memohon melombong REE.

Isu tersebut menimbulkan kontroversi dalam tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI