fbpx

MotoGP: Rins sah ganti Morbidelli di Yamaha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RINS akan menyertai pasukan Yamaha untuk saingan musim depan bagi menggantikan Morbidelli yang berdepan isu prestasi. - AFP

LONDON – Pasukan Monster Yamaha akhirnya mengesahkan bahawa pelumba Sepanyol, Alex Rins sah menyertai mereka pada perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan bagi menggantikan tempat Franco Morbidelli.

Rins yang kini bersaing bersama pasukan LCR Honda akan bergabung bersama juara dunia MotoGP 2021, Fabio Quartararo untuk membantu Yamaha kembali ke landasan kemenangan.

Pengarah Urusan Yamaha Racing, Lin Jarvis percaya pengalaman Rins bersaing bersama dua pengeluar berbeza mampu memberi kelebihan kepada pelumba berusia 27 tahun tersebut mengemudi jentera Yamaha YZR-M1.

“Kami gembira bahawa Rins menyertai keluarga Yamaha dan kami sangat mengalu-alukan kedatangannya. Kami menjangkakan Rins bakal menjadi aset yang hebat. Dia mempunyai pengalaman luas sebagai pelumba MotoGP dan dikenali sebagai bakat semula jadi.

“Dia sudah mempunyai pengalaman dengan dua pengeluar MotoGP lain dan telah menunggang motosikal dengan ciri-ciri yang serupa dengan YZR-M1 dan itu sepatutnya membantunya menyesuaikan diri dengan cepat dengan jentera kami,” kata Jarvis.

Dalam pada itu, Jarvis melihat keazaman yang dibawa Rins terutama melakar kemenangan di GP Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pelumba Sepanyol itu dahagakan gelaran.

“Kemenangannya podium di Amerika Syarikat awal tahun ini menunjukkan kepantasan, keinginan dan keazamannya untuk berjaya.

“Buat masa ini Rins berada di luar saingan MotoGP buat sementara waktu kerana kecederaan yang dialaminya di Mugello, tetapi kami yakin dia mampu pulih sepenuhnya untuk musim 2024.

“Kami benar-benar tidak sabar untuk bekerja dengannya dan percaya bahawa dia akan bekerjasama dengan baik dengan Quartararo dan meningkatkan prestasi keseluruhan Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP,” tambah Jarvis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI